Pekerja yang ditimpa bencana pekerjaan atau menghidap penyakit khidmat boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital Kerajaan sehingga pulih sepenuhnya.
Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi dari hospital Kerajaan dan pekerja akan diberi rawatan di wad kelas dua. Rawatan pakar akan diberi jika perlu.
Bayaran Ganti Belanja
Bagi caj rawatan yang diperolehi dari klinik bukan panel PERKESO, majikan atau pekerja boleh mengemukakan permohonan tuntutan ganti belanja dan bayaran tertakluk kepada kadar yang telah
ditetapkan oleh Pertubuhan atau mengikut Akta Fee 1951.